Aku start duduk rumah sewa yang aku duduk sekarang ni bermula tahun 2012. Pertengahan tahun kalau tak silap aku. Lebih kurang lapan tahun gitu dah. Dah masuk darjah dua memori aku kat rumah ni. Aku suka rumah ni walaupun ada wiring problem ada lampu tak boleh nak hidup aku pun malas nak panggil orang nak betulkan, kelajuan kipas siling satu par dengan gerakan siput babi yang gigih berlari dari dipatuk ayam walaupun dah dibetulkan, drainage yang aku kena bubuh cecair khas mr muscle setiap beberapa bulan sekali, dan macam-macam lagi yang banyak sungguh untuk aku ceritakan.
Tapi aku betul-betul sukakan rumah ni. Dah jadi comfort zone aku, cuma aku selalu susah hati bila budak bilik atas nak keluar rumah tapi tak berjaya nak cari pengganti. Faham tak betapa susahnya nak cari pengganti penyewa? (Aku guna terms penyewa sebab aku langsung tak rapat dengan orang rumah sewa aku, kenal kenal gitu je, tak ada aktiviti sosial sama-sama langsung sebab aku bukan budak sekolah nak rapat dengan semua orang).
Tapi itulah, mungkin sebab-sebab di atas adalah salah satu punca kenapa tak ramai yang duduk lama menyewa kat rumah ni. Paling lama setahun setengah, then ramai yang chow angkat beg. Biasalah budak perempuan, takkan selamanya nak duduk rumah sewa boring sorang-sorang, dah sampai masa diorang pun mulakanlah hidup baru.
Sepanjang aku menyewa kat sini memang tak ada masalah dengan tuan rumah. Asalkan aku bayar sewa on time dia ok je. Relationship paling sihat yang aku rasa.
Cumanya sepanjang PKP ni aku rasa susaaahhh sangat hati bila budak bilik sharing master bedroom nak keluar dari bilik sewa dia dan dia tak berjaya cari orang yang nak masuk ganti dia. Musim-musim PKP macam ni mana ya nak cari orang yang nak cari bilik sewa? Sharing pula tu? Ni susah hati nombor satu.
Selain daripada tu ada sorang lagi yang dicutikan majikannya tanpa gaji. Maka dia pun bayarlah sewa bulan lepas guna duit deposit dia. Sekarang dah tertunggak sebulan bayaran rumah sewa sebab tuan rumah kitorang tak nak bagi pengecualian mahu pun pengurangan bayaran sewa. Susah hati nombor dua.
Tuan rumah bagi option sama ada bank in untuk sewa bulan ni atau tolak deposit rumah masa awal-awal masuk dulu. Of course la aku minta tolak deposit. Sebabnya, 2 orang tak bayar bilik sewa bulan ni. Sorang kira tunggakan, sorang lagi guna deposit sebab dah nak keluar rumah. Sorang lagi yang bilik sharing tu dah sebulan aku tak nampak dia, balik kampung katanya. Itu pun minta diskaun bayar sewa sebab bayaran sewa includes utilities dan dia tak guna sebarang utilities sepanjang duduk kat kampung. Make sense.
Cuma rasa macam fed up sikit la bila ada yang sikit-sikit compare cakap- tuan rumah kawan saya bagi bayar murah sepanjang PKP ni, ada kawan saya yang yang tak bayar langsung, dey~ itu rezeki diorang dapat tuan rumah yang berhati mulia, berjiwa murni, memahami hasrat setempat. Dah tu takkan aku nak pergi sampaikan kat tuan rumah yang kawan dia ni ada tuan rumah yang baik hati tak seperti kamu jadi belajarlah jadi tuan rumah yang baik hati juga?
Even orang yang susah-susah minta bantuan tu pun tuan rumah diorang paksa bayar sewa rumah juga. Kalau orang dah tak kasi nak bayar murah, perlukah aku begging for kindness sedangkan option tolak deposit tu aku rasa kira munasabah jugalah untuk keadaan sekarang ni .Kita tak tahu situasi orang lain, maka dengan itu aku mengambil langkah untuk tak nak panjang-pangjangkan isu ni. Aku susah hati benar dengan situasi sekarang ni.
Tambah susah hati bila memikirkan kena cari orang ganti masuk dan yada yada. Housemate impian aku adalah orang yang pergi kerja balik kerja lepas tu duduk diam-diam dalam bilik buat hal sendiri. Tapi bukan senang nak jumpa. Susah lagi hati. Cepatlah habis PKP oii.
Esok Hari Pekerja. Aku kerja tadi masuk office. So bolehlah celebrate.
No comments:
Post a Comment