Thursday, May 14, 2020

Pencapaian: Steele CC

Perasaan terawang-awangan terbang melayang atas udara bak tisu lembut yang ditiup angin. Kalau jatuh ke bumi pun tak sakit.

Ingat ya tarikh hari ini, 15 Mei 2020, perjuangan aku sejak 6 tahun yang lepas akhirnya selesai. Kemenangan untuk pertarungan dengan diri sendiri akhirnya dimenangi pada tarikh keramat ini.

Dah berjaya settle kan hutang kad kredit!! Yehu sangat-sangat.

Sebaik saja bos masukkan duit untuk beli face mask bulan lepas, aku teru sbayar baki yang terakhir, dalam 6 ratus lebih gitu. Dan akhirnya tinggal installment laptop yang akan berakhir September ni. Installment tak apa, kalau bayar cantik takkan ada extra charge. Ceritanya aku banyak sangat hutang tertunggak selama ni, jadi setiap bulan aku dibebani dengan finance charge. Which is aku rasa stupid sangat kena bayar benda yang tak perlu pun kalau aku pandai manage kewangan sejak aku pakai kad kredit ni.

Memikirkan yang aku ada duit baki untuk setiap bulan bagi bulan mendatang, aku rasa happy sangat. 

Apa punca aku tak berjaya settlekan kad kredit sejak bertahun yang lepas?

Jawapannya sangatlah simple, overspend- tak pandai ukur baju di badan sendiri. Ayat keramat 'pinjam pada diri sendiri dari masa depan' tu sangat-sangatlah membebankan diri sendiri untuk masa sekarang bila kita dah sampai masa depan tu.

Senang kata, kalau tak ada budget tu, tak payahlah nak berbelanja. Ukur baju di badan sendiri, kan? Konsepnya kalau tak ada budget, tak payahlah nak tap kad kredit selalu. Ayat ni memang ditujukan khas buat aku, bukan pada orang lain.

Aku kira situasi sekarang ni a bless in a disguise untuk aku, sebabnya cara aku settlekan hutang kad kredit ni pun agak unik berbanding waktu-waktu lain. Dapat moratorium untuk loan kereta, aku gunakan budget bayar kereta tu dan pengeluaran kwsp dari i lestari untuk tujuan ni. Hasilnya, aku sangat gembira hari ni.

Selain dari tu, sejak awal bulan 3 haritu memang dah tak tap langsung kad kredit. Puncanya, kad aku tamat bulan 3 haritu. Bank dah bagi kad baru, aku pun dah call bank untuk activate kad tu. Isunya, sebab aku tak boleh nak activate sendiri adalah sebab aku tukar nombor telefon dan tak update dalam sistem.

Orang bank yang aku call tu kata boleh update contact number dengan walk in ke bank atu download borang kat website, tapi sampai sekarang aku tak buat lagi. Satu, aku tak jumpa borang tu kat mana-mana website, dua, sebab aku memang malas ya ampun untuk ke bank.

Aku ingat dah actif kadnya lepas call bank. Dia pun kata kad aku dah aktif. Tapi bila tap tap, tak berjaya. So aku opt untuk tap debit card saja. Then, tiba-tiba aku dah jatuh cinta bayar dengan duit yang aku dah ada.Which is kalau aku tengah tak ada duit dalam bank secara automatiknya aku terus duduk diam-diam. Nafsu nak shopping pun terus hilang, even beli makanan (kat staement card credit aku sebelum ni penuh dengan beli makanan saja).

Hakikatnya, bila pakai card credit ni bagi aku banyak untung dia sebab banyak cash rebate. Kadang-kadang dalam sebulan tu aku pernah dapat lebih RM30 untuk cash rebate. Tapi masalahnya, aku banyak tunggakan juga. So, katalah kalau finance charga aku dalam sekian bulan adalah 50 hengget, then casah rebate dapat 30 hengget, so finance charge aku kena bayar tinggal 20 hengget. Dia cuma untung kalau tak ada baki tertunggak, then tiba-tiba dapat cash rebate.

So, itu sajalah untuk hari ni. Hari ni work from home sebab malas gila nak keluar. Penat semalam tawaf satu ioi tak habis lagi. Ingat nak buat kek cekelat la arini.

Sunday, May 10, 2020

Working on Weekend From Home

Plan aku hari ni nak bangun lambat, nak baring sambil menonton banyak cerita yang pending.

Hajat tak kesampaian bila Molly kejut minta makan sambil gigit-gigit macam lapar tak makan seminggu sedangkan dalam food bowl dia ada banyak lagi food dia aku isi sebelum masuk tidur semalam.

Baru nak start tengok cerita, meriah pula group wasap kerja yang cuma ada 3 participant kat dalammnya. Buat paper work sampai 3 orang kena buat untuk submit before minggu depan. Boss tak ada kat dalam tu. Tapi kitorang tau dia tengah cemas sebab tabung kewangan kitorang makin menyusut sebab PKP ni, duit gaji nak bayar staf dah tak ada.

Bila dia cemas, kami pun lagilah cemas. Mana nak gather data semua. Data pula, dia pegang data kewangan, aku pegang data makmal, yang lagi sorang ni kena draf ayat untuk paper work tu. 

Akibatnya Mapo Hipster yang aku tunggu sub dah keluar, tapi tak boleh tengok sebab ada je benda kena settlekan. So, untuk elakkan mood aku ke laut dalam, aku pun gagahkan diri siapkan apa yang perlu disiapkan. Aku nak nikmati episod terakhir Mapo Hipster tu dengan gembira.

Yang aku rasa agak ralat is, hari ni weeken, esok cuti Nuzul quran, tapi hari ni kerja. Uih, tengah komplen ni. Tapi the other side of my brain pula, cakap, dah hari-hari duduk rumah tak pergi kerja banyak pila bunyi dia bila orang suruh siapkan kerja. Mau makan gaji buta kaaa? Dahlah memang nak siapkkan kerja related dengan gaji.

So. That's that.

Aku nak sambung tengok Mapo Hipster. Pastu nak sambung The World of Marriage. Nanti malam nak tengok 2 Days 1 Night yang tak ada sub pula.

Bila aku nak start tengok Scrubs ni? Breaking Bad tu pun tak habis tengok lagi.

Oh ya, tahun ni kitatak balik kampung untuk Beraya ya. PKP sambung sampai 9 Jun 2020. Jom masak rendang sendiri pakai santan Kara. 

Bai.

Thursday, April 30, 2020

Rambling #1

Aku ni banyak betul berangan. Suka betul sebelum tidur atau masa game berangan yang macam-macam. Imagine yang aku ada version lain, ataupun kalau aku ni dekat dunia lain apa character aku. Aku selalu berangan kurus. Aku ada 30 kilogram untuk dibuang. Beza berat aku 10 tahun yang lepas adalah 30kilogram. Bila aku boleh kurus balik?

Tapi 10 tahun yang lepas adalah zaman gelap aku. Zaman jobless, susah hati kerja call center sebelum kerja kena ada drama air mata dulu sebab stress yang amat dan aku tak suka kerja tu. Aku suka kerja 7eleven tapi gaji kecik dan langsung tak ada life. Bangun tidur, pergi kerja, balik kerja terus tidur. Langsung tak ada social life. Sebab tu aku jadi zombie kot, kurus kering tapi tak happy.

Bila happy, makan. Bila makan, happy. Hasilnya obesiti. Lari tiap-tiap malam pun tak berjaya kurus. Apatah lagi sekarang lockdown tak boleh nak lari langsung. Acah-acah bulan puasa, tak nak exercise nak bagi badan rest lepas tu berbuka makan banyak sampai sengkak perut.

Hahaha, sudah-sudahlah tu self roast. I know, I know, hidup kena positif. Look from the bright side, yada yada yada yada. But then, hey! at least aku tak se depressed macam dulu.

Macam ada stu lagu tu "Buat apa susah? Buat apa susah? Susah itu tiada gunanya"

Yup, post ni related dengan post susah hati aku sebelum ni. Aku nak menaip, tapi tak ada content menarik. Just for the sake nak menaip untuk lepaskan gian. Itu sahaja.


Susah Hati PKP: Edisi Rumah Sewa

Aku start duduk rumah sewa yang aku duduk sekarang ni bermula tahun 2012. Pertengahan tahun kalau tak silap aku. Lebih kurang lapan tahun gitu dah. Dah masuk darjah dua memori aku kat rumah ni. Aku suka rumah ni walaupun ada wiring problem ada lampu tak boleh nak hidup aku pun malas nak panggil orang nak betulkan, kelajuan kipas siling satu par dengan gerakan siput babi yang gigih berlari dari dipatuk ayam walaupun dah dibetulkan, drainage yang aku kena bubuh cecair khas mr muscle setiap beberapa bulan sekali, dan macam-macam lagi yang banyak sungguh untuk aku  ceritakan.

Tapi aku betul-betul sukakan rumah ni. Dah jadi comfort zone aku, cuma aku selalu susah hati bila budak bilik atas nak keluar rumah tapi tak berjaya nak cari pengganti. Faham tak betapa susahnya nak cari pengganti penyewa? (Aku guna terms penyewa sebab aku langsung tak rapat dengan orang rumah sewa aku, kenal kenal gitu je, tak ada aktiviti sosial sama-sama langsung sebab aku bukan budak sekolah nak rapat dengan semua orang).

Tapi itulah, mungkin sebab-sebab di atas adalah salah satu punca kenapa tak ramai yang duduk lama menyewa kat rumah ni. Paling lama setahun setengah, then ramai yang chow angkat beg. Biasalah budak perempuan, takkan selamanya nak duduk rumah sewa boring sorang-sorang, dah sampai masa diorang pun mulakanlah hidup baru.

Sepanjang aku menyewa kat sini memang tak ada masalah dengan tuan rumah. Asalkan aku bayar sewa on time dia ok je. Relationship paling sihat yang aku rasa. 

Cumanya sepanjang PKP ni aku rasa susaaahhh sangat hati bila budak bilik sharing master bedroom nak keluar dari bilik sewa dia dan dia tak berjaya cari orang yang nak masuk ganti dia. Musim-musim PKP macam ni mana ya nak cari orang yang nak cari bilik sewa? Sharing pula tu? Ni susah hati nombor satu.

Selain daripada tu ada sorang lagi yang dicutikan majikannya tanpa gaji. Maka dia pun bayarlah sewa bulan lepas guna duit deposit dia. Sekarang dah tertunggak sebulan bayaran rumah sewa sebab tuan rumah kitorang tak nak bagi pengecualian mahu pun pengurangan bayaran sewa. Susah hati nombor dua.

Tuan rumah bagi option sama ada bank in untuk sewa bulan ni atau tolak deposit rumah masa awal-awal masuk dulu. Of course la aku minta tolak deposit. Sebabnya, 2 orang tak bayar bilik sewa bulan ni. Sorang kira tunggakan, sorang lagi guna deposit sebab dah nak keluar rumah. Sorang lagi yang bilik sharing tu dah sebulan aku tak nampak dia, balik kampung katanya. Itu pun minta diskaun bayar sewa sebab bayaran sewa includes utilities dan dia tak guna sebarang utilities sepanjang duduk kat kampung. Make sense.

Cuma rasa macam fed up sikit la bila ada yang sikit-sikit compare cakap- tuan rumah kawan saya bagi bayar murah sepanjang PKP ni, ada kawan saya yang yang tak bayar langsung, dey~ itu rezeki diorang dapat tuan rumah yang berhati mulia, berjiwa murni, memahami hasrat setempat. Dah tu takkan aku nak pergi sampaikan kat tuan rumah yang kawan dia ni ada tuan rumah yang baik hati tak seperti kamu jadi belajarlah jadi tuan rumah yang baik hati juga?

Even orang yang susah-susah minta bantuan tu pun tuan rumah diorang paksa bayar sewa rumah juga. Kalau orang dah tak kasi nak bayar murah, perlukah aku begging for kindness sedangkan option tolak deposit tu aku rasa kira munasabah jugalah untuk keadaan sekarang ni .Kita tak tahu situasi orang lain, maka dengan itu aku mengambil langkah untuk tak nak panjang-pangjangkan isu ni. Aku susah hati benar dengan situasi sekarang ni.

Tambah susah hati bila memikirkan kena cari orang ganti masuk dan yada yada. Housemate impian aku adalah orang yang pergi kerja balik kerja lepas tu duduk diam-diam dalam bilik buat hal sendiri. Tapi bukan senang nak jumpa. Susah lagi hati. Cepatlah habis PKP oii.

Esok Hari Pekerja. Aku kerja tadi masuk office. So bolehlah celebrate.


Tuesday, April 28, 2020

Chizu Matcha + Red Bean + Cheese



Gambar ni masa 30 Januari 2020, 7.00 petang. Baru lepas balik kerja terus pergi IOI yang sekangkang kera itu demi Chizu dan terus balik office semula sebelum masing-masing pulang ke rumah sendiri. Lepas hujan ni, tengok langit tu, masih kelabu.

Ni matcha, dalam dia ada red bean. Atas dia ada cheese. Sedap. Ada rasa kelat-kelat matcha sikit. Matcha ni yang teh Jepun punya, bukan yang macam Teh Thailand tu. Dua-dua sedap. Yang Thailand tu biasanya ada aroma wangi yang harum bila diminum, Matcha pula dia ada feeling-feeling serbuk serbuk serdak sikit. Itu yang aku rasalah setiap kali aku minum teh hijau Jepun. Time aku minum ni tekak tengah kemaruk dengan air manis, so tak terasa manis sangat, but then air kat Chizu bagi aku tak ada manis yang melampau. For me lah kan. 

Jam yang aku pakai tu dah lama tak charge. Apa khabar dia agaknya. Duduk rumah ni tak pakai jam.

Oh rindunya kehidupan yang normal~ T.T


Come Back

Selamat kembali bercerita di alam maya. 

Sesungguhnya aku rindu dengan konsep blogging. Platform untuk aku membebel tanpa batasan. Tempat yang paling strategik untuk aku melawan segala rasa yang tak mampu untuk diluahkan di alam nyata. Tempat di mana kamu semua datang tanpa di undang, pergi tanpa disuruh. 

Mana agaknya pergi blogger-blogger yang aku follow sepuluh tahun yang lepas. Mana pergi kawan-kawan seangkatan yang rajin blogging satu masa dulu. Masing-masing mesti dah berpindah ke merata media sosial yang lain. Padahal aku pun dah lama tak tulis apa-apa kat blog lama yang aku sendiri rasa cringe nak baca balik.

Basicly aku berhenti menulis sebab aku rasa dah tak ada yang menarik dalam life aku. Life aku dull, routine, dan terlalu simple. Fikiran aku pun dah jadi terlalu simple. Bangun pagi, pergi kerja, balik kerja, marathon movie/kdrama/english series/kshow/main game homescape, dengar lagu sebelum tidur, tidur, repeat and rinse.

Weekend, kalau tak balik kampung, celik mata, menghadap handphone, sedar-sedar dah malam Ahad. Begitulah.

Rutin tu aku dah ulang sejak 2011 sampailah 2020. Sejak dari aku berjaya kerja normal office hour, macam tu lah rutinnya. Kawan pun semakin berkurang sebab aku tend to distancing diri aku once aku realize yang aku mempunyai lebih banyak perbezaan berbanding persamaan.

Bila mana mereka semua sudah berlangkah-langkah ke hadapan dan aku masih lagi stuck dengan dunia aku sendiri, aku rasa memang aku tak layak lah nak complaint apa-apa. 

Perasaan blogging ni, macam pulang ke kampung halaman. Indah, nostalgik dan menenangkan buat aku. Angin yang bertiup di kampung halaman sudah tentu tidak sama dengan tempat kita tinggal sekarang. Bunyi hujan pun lain, bunyi ayam berkokok, even bunyi daun-daun pokok bergeseran pun tak sama dengan tempat lain. Macam tulah perasaan aku membebel kat sini.

Rasa aman.

Aku tak tahu sampai bila aku rajin nak menulis kat sini. Mungkin ini post yang pertama dan terakhir aku.

Dengan itu aku sudahi first come back post aku ini dengan gambar budak perempuan tak senonoh. Sekian.


Pencapaian: Steele CC

Perasaan terawang-awangan terbang melayang atas udara bak tisu lembut yang ditiup angin. Kalau jatuh ke bumi pun tak sakit. Ingat ya ta...