Selamat kembali bercerita di alam maya.
Sesungguhnya aku rindu dengan konsep blogging. Platform untuk aku membebel tanpa batasan. Tempat yang paling strategik untuk aku melawan segala rasa yang tak mampu untuk diluahkan di alam nyata. Tempat di mana kamu semua datang tanpa di undang, pergi tanpa disuruh.
Mana agaknya pergi blogger-blogger yang aku follow sepuluh tahun yang lepas. Mana pergi kawan-kawan seangkatan yang rajin blogging satu masa dulu. Masing-masing mesti dah berpindah ke merata media sosial yang lain. Padahal aku pun dah lama tak tulis apa-apa kat blog lama yang aku sendiri rasa cringe nak baca balik.
Basicly aku berhenti menulis sebab aku rasa dah tak ada yang menarik dalam life aku. Life aku dull, routine, dan terlalu simple. Fikiran aku pun dah jadi terlalu simple. Bangun pagi, pergi kerja, balik kerja, marathon movie/kdrama/english series/kshow/main game homescape, dengar lagu sebelum tidur, tidur, repeat and rinse.
Weekend, kalau tak balik kampung, celik mata, menghadap handphone, sedar-sedar dah malam Ahad. Begitulah.
Rutin tu aku dah ulang sejak 2011 sampailah 2020. Sejak dari aku berjaya kerja normal office hour, macam tu lah rutinnya. Kawan pun semakin berkurang sebab aku tend to distancing diri aku once aku realize yang aku mempunyai lebih banyak perbezaan berbanding persamaan.
Bila mana mereka semua sudah berlangkah-langkah ke hadapan dan aku masih lagi stuck dengan dunia aku sendiri, aku rasa memang aku tak layak lah nak complaint apa-apa.
Perasaan blogging ni, macam pulang ke kampung halaman. Indah, nostalgik dan menenangkan buat aku. Angin yang bertiup di kampung halaman sudah tentu tidak sama dengan tempat kita tinggal sekarang. Bunyi hujan pun lain, bunyi ayam berkokok, even bunyi daun-daun pokok bergeseran pun tak sama dengan tempat lain. Macam tulah perasaan aku membebel kat sini.
Rasa aman.
Aku tak tahu sampai bila aku rajin nak menulis kat sini. Mungkin ini post yang pertama dan terakhir aku.
Dengan itu aku sudahi first come back post aku ini dengan gambar budak perempuan tak senonoh. Sekian.

No comments:
Post a Comment